DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (27/10/2020)
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1) KLUSTER LINTAS
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Negeri Sabah. Sebanyak enam (6) kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 26 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Sehingga 27 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:
- Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
- 15 individu negatif.
2) KLUSTER LIMBUNGAN
Kluster baharu ini dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18741) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 15 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19 pada 27 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.
Sehingga 27 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 383 individu telah disaring, di mana:
- 20 kes dikesan positif COVID-19 (13 kes baharu);
- 44 individu negatif; dan
- 319 individu masih menunggu keputusan.