TUJUH (7) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (26/01/2021)
Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN COCHRANE
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Januari 2021 hasil saringan bersasar terhadap pengawal-pengawal keselamatan sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Jalan Cochrane, Titiwangsa. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN PLATINUM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Platinum, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini
3. KLUSTER JALAN PADI MAHSURI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-178903) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kes-kes dalam kluster ini tinggal bersama di Jalan Padi Mahsuri, Taman Senai Baru, Kulai. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER INTAN DELIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154243) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala yang mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Johor. Kluster ini melibatkan sebuah institusi pendidikan awam yang terletak di antara Taman Bukit Intan dan Taman Bahagia Delima. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 253 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER KELADI SAGA
Kluster berkaitan keagamaan ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171961) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Keladi dan Taman Saga, Kulim. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER TEMBOK BUKIT BESI
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-120811) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021 hasil saringan tahanan di Pusat Koreksional Dungun, Bukit Besi, Dungun. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 1,131 individu telah disaring, di mana 99 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER KAMPUNG BUKIT PUTERA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Setiu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144506) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Bukit Putera, Bandar Permaisuri, Setiu. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.