KLUSTER TAWAR MELAPORKAN LIMA (5) KES BAHARU
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat 5 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, menjadikan jumlah kes dalam kluster ini 70 kes setakat ini. Kelima-lima kes baharu ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di negeri Kedah.
Mereka telah dikenalpasti melalui pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat kes-kes positif kluster ini. Hasil siasatan mendapati mereka adalah kontak rapat kepada kes ke-9197 yang merupakan seorang pelajar prasekolah (kes ini telah dilaporkan pada 16 Ogos 2020).
Sehingga 25 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,547 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
i. Kedah (3,018 disaring):
- 59 kes dikesan positif COVID-19;
- 2,717 individu negatif; dan
- 242 individu masih menunggu keputusan.
ii. Pulau Pinang (518 disaring):
- 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
- 507 individu negatif.
iii. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu.
Saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan akan diteruskan.
KKM ingin mengingatkan semua pihak sekolah supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majilis Keselamatan Negara (MKN) termasuk SOP sebelum, semasa dan selepas sesi persekolahan. Ibubapa juga perlu memainkan peranan menasihati dan mendidik anak-anak mereka yang masih bersekolah tentang amalan-amalan yang perlu dipraktikkan bagi mencegah jangkitan COVID-19 di dalam bas sekolah, bilik darjah dan semasa sebarang aktiviti sukan atau kurikulum.