Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 12 NOV 2021
Updated Sat, 13 Nov 2021 14:40:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :6,026 kes (2,441,485 kes kumulatif, 96.3%);
- Kes baharu : 6,517 kes (2,535,338 kes kumulatif);
- Kes import : 16 kes (10 warganegara; 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 6,501 kes [6,214 warganegara (95.6%); 287 bukan warganegara (4.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 544 kes (485 kes disahkan COVID-19 ; 59 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 269 kes (194 kes disahkan COVID-19 ; 75 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,837 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,551 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 286 kluster.
Daripada 6,517 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 125 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 6,392 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W