EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (28/10/2020)
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1) KLUSTER SERI GAYA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14153) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana:
- 17 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan
- 47 individu dikesan negatif.
2. KLUSTER GREENHILL
Kluster baharu ini dilaporkan di daerah Kuching dan Miri di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27786) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 24 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri.
Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana:
- 25 kes dikesan positif COVID-19 (21 kes baharu); dan
- 26 individu masih menunggu keputusan.
3) KLUSTER IDAMAN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak di negeri Selangor dan juga daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16044) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana:
- 11 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
- 300 individu dikesan negatif; dan
- 170 individu masih menunggu keputusan.
4) KLUSTER BAYU
Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Muar di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25677) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 23 Oktober 2020. Hasil saringan kontak rapat mengesan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.
Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana:
- 8 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
- 60 individu negatif; dan
- 36 individu menunggu keputusan.