PROGRAM PICKIDS DILANJUTKAN KE 31 MEI 2022
Selepas 31 Mei 2022, kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun tidak lagi vaksin COVID-19 secara percuma di bawah PICKids. Mereka perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang ditawarkan secara berbayar di pasaran swasta.
Walaubagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Pemberian vaksinasi SECARA WALK-IN di Klinik Kesihatan dalam tempoh 6 minggu selepas sembuh atau selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2022
🛡️ Pilihlah untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 untuk anak anda supaya mereka mendapat perlindungan daripada jangkitan teruk dan komplikasi penyakit COVID-19.
