Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 31 JAN 2022
Updated Tue, 01 Feb 2022 10:35:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 3,232 kes (2,784,003 kes kumulatif, 97.0%)
- Kes baharu : 4,774 kes (2,870,758 kes kumulatif);
- Kes import : 152 kes [76 warganegara (50.0%); 76 bukan warganegara (50.0%)];
- Kes tempatan : 4,622 kes [4,448 warganegara (96.2%); 174 bukan warganegara (3.8%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 114 kes (106 kes disahkan COVID-19; 8 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 62 kes (50 kes disahkan COVID-19; 12 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,427 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,113 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 314 kluster.
Daripada 4,774 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 36 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,738 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W