Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 24 JAN 2022
Updated Tue, 25 Jan 2022 10:07:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 3,116 kes (2,759,049 kes kumulatif, 97.3%)
- Kes baharu : 3,214 kes (2,836,159 kes kumulatif);
- Kes import : 406 kes (307 warganegara; 99 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,808 kes [2,707 warganegara (96.4%); 101 bukan warganegara (3.6%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 146 kes (112 kes disahkan COVID-19; 34 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 65 kes (40 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,315 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,081 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 234 kluster.
Daripada 3,214 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 35 kes (1.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,179 kes (98.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W