COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (14/03/2021)

Perincian tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN TUN MUTALIB TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-309258) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tun Mutalib 3, Kawasan Perindustrian, Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 469 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN SUTERA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sutera 1/5A, Bukit Angkat, Kajang. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 8 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BEGALAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu dan Song di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317522) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Penularan kes-kes dalam kluster ini berlaku di Sungai Begalak, Batang Rajang, Song serta lokaliti kediaman kes-kes yang terletak di sekitar daerah Song dan Sibu. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 49 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post