Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn. Bhd. dan Conan Medical Technology Berhad.
Pembatalan ini dibuat kerana establismen tersebut telah gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuat kuasa SERTA-MERTA. MDA juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan.