TUJUH (7) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (14/04/2021)
Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN KHIDMAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361255 dan kes ke-361256) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Khidmat, Kota Kinabalu. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 796 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER BATU SEPULUH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340921) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Batu 10, Apas, Tawau. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN MOHD TAIB
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353449) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah gudang pasar raya yang terletak di Jalan Mohd Taib, Kawasan Perindustrian Sungai Choh, Hulu Selangor. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN SEMPILAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360493) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Sempilai, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER PERMATANG BERANGAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Baru, Permatang Berangan, Sungai Petani. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER JALAN GAPAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359044) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Gapam Bemban, Melaka Tengah. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER JALAN SAHADI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sepang, Klang, dan Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359487) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Jalan Sahadi, Kampung Sungai Pelek, Sepang pada 3 April 2021. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.