COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER BUNGEY

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-403839) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bungey, Debak, Betong. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 497 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian10

2. KLUSTER BATU 25

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu dan Sebauh di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Batu 25, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 98 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian9

3. KLUSTER TANGKIS SELATAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tangkak, Muar, dan Segamat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409838) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang berlangsung dari 21 April 2021 sehingga 24 April 2021 di Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

4. KLUSTER JALAN SURIAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394100) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan pra pembedahan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Surian 3, Taman Desaru Utama, Kota Tinggi. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

5. KLUSTER BATU 30

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-367797) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Batu 30, Machang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 306 individu telah disaring, di mana 58 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian13

6. KLUSTER JERAI MAJU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401467) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Jerai Maju 5, Taman Jerai Maju, Gurun, Kuala Muda. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian16

7. KLUSTER LAYANGAN LABUAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-420617) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di mukim Layangan, Labuan. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian17

8. KLUSTER TAMING JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, Hulu Langat. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 628 individu telah disaring, di mana 43 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

9. KLUSTER PERSIARAN MEDINI SENTRAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409826) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Medini Sentral 1, Bandar Medini Iskandar, Johor Bahru. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

10. KLUSTER JALAN KWENG HITAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-392532) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak berdekatan dengan Jalan Kweng Hitam, Machang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian12

11. KLUSTER JALAN YAHYA 2

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-406680) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Titiwangsa. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

12. KLUSTER JALAN BESAR SUNGAI JAWI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-407650) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Besar, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 156 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian11

13. KLUSTER DAH KILOMETER TUJUH

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411444) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kilometer 7, Kampung Tandop, Baling. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian15

14. KLUSTER LUBUK KATAK

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-407956) merupakan kes Severe Acute Respiratoy Infection (SARI) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Kampung Lubuk Katak, Tapah, Batang Padang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian14

15. KLUSTER D’KUALA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Papar di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409514) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kuala, Papar. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

16. KLUSTER JALAN UNGKU ABDUL AZIZ

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Mei 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Ungku Abdul Aziz, Bandar Penawar, Pengerang, Kota Tinggi. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

17. KLUSTER TAMAN SRI LAMBAK

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394069) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Sri Lambak, Kluang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

Next Post Previous Post