COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN TIMAH TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-281756) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Timah 3, Pasir Gudang Industrial Estate, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN TANJUNG EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tanjung A/4, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN DESA TROPIKA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Desa Tropika 1/1, Taman Perindustrian Tropika, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER BATU EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-284793) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER PERUSAHAAN JALAN BUKIT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 699 individu telah disaring, di mana 262 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER INDUSTRI WAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Waja 16, Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 248 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN SELISIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Selisik, Shah Alam. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER TAPAK BINA BUKIT KIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Bukit Kiara 1, Kepong. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 181 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN SUNGAI BAONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Baong, Furniture Industrial Estate, Seberang Perai Selatan. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Previous Post