KESAHIHAN MAKLUMAT COVID-19 DI MALAYSIA
Kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memaklumkan umum mengenai situasi terkini COVID-19 dengan menyalurkan berita sahih, tepat dan cepat. Dalam pada Kerajaan menangani penularan COVID-19, Kerajaan juga perlu menangani isu mesej tular iaitu penularan berita palsu (fake news) dan maklumat tidak sahih yang sengaja dibuat demi kepentingan sesetengah pihak. Tindakan ini adalah sama sekali tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan keresahan dan kerisauan orang ramai.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut yang sahih mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia:
- Ikutilah Sidang Media COVID-19 oleh KKM, yang kini dijalankan setiap hari;
- Laman-laman media sosial rasmi KKM,
- Saluran telegram CPRC KKM: https://t.me/cprckkm;
- Aplikasi MySejahtera;
- Maklumat, infografik/video, kenyataan media rasmi KKM dan juga Garis Panduan terkini COVID-19 juga boleh diperolehi dari laman sesawang KKM: http://covid-19.moh.gov.my ;
- Bagi isu kesihatan berkaitan COVID-19, orang ramai boleh menghubungi CPRC Kebangsaan KKM di talian hotline: 03-88810200, 03-88810600, 03-88810700 dan emel rasmi: cprc@moh.gov.my.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan sebarang berita palsu atau maklumat yang diragui kesahihannya. KKM mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang membantu Kerajaan dalam menyebarkan maklumat yang sahih.