COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 07 NOV 2021

/ harian

Updated Mon, 08 Nov 2021 10:27:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,190 kes (2,412,395 kes kumulatif, 96.3%);
  • Kes baharu : 4,343 kes (2,506,309 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (6 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,334 kes [4,120 warganegara (95.1%); 214 bukan warganegara (4.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 554 kes (518 kes disahkan COVID-19 ; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 272 kes (212 kes disahkan COVID-19 ; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,806 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,481 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 325 kluster.

Daripada 4,343 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 68 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,275 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post