Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 02 MAC 2022
Updated Wed, 02 Mar 2022 11:05:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 1 Mac 2022:
- Kes sembuh: 25,548 kes [3,142,112 kes kumulatif (90.6%)];
- Kes baharu: 25,854 kes (3,468,590 kes kumulatif);
- Kes import: 448 kes [378 warganegara (84.4%); 70 bukan warganegara (15.6%)];
- Kes tempatan: 25,406 kes [24,543 warganegara (96.6%); 863 bukan warganegara (3.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 374 kes (134 kes disahkan COVID-19; 240 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 213 kes (74 kes disahkan COVID-19; 139 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 25,854 kes harian yang dilaporkan pada 1 Mac 2022:
- 152 kes (0.59 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 25,702 kes (99.41 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
- Kategori 1: 8,877 kes (34.33%);
- Kategori 2: 16,825 kes (65.08%);
- Kategori 3: 87 kes (0.34%);
- Kategori 4: 37 kes (0.14%); dan
- Kategori 5: 28 kes (0.11%).
Daripada 152 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 1 Mac 2022:
- 25 kes (16.45%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 89 kes (58.55%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 38 kes (25.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 65 kes (42.76%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 51 kes (33.55%) mempunyai komorbid dan;
- 1 kes (0.66%) kes adalah ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,789 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,314 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 475 kluster.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W