Perincian 1,870 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 Disember 2020 adalah seperti berikut:
Johor: 607 kes
538 kes daripada kluster-kluster, termasuk 374 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Choh;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 472 kes
65 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Broga;
286 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 280 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
176 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 219 kes
95 kes daripada kluster-kluster, termasuk 66 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Stesen, Kluster Slot Berjaya, dan Kluster Jalan Nikolas;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
83 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 69 kes
58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 56 kes
33 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 48 kes
29 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gerbang Pongsu;
11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 48 kes
30 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Damai Ketari;
15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 34 kes
10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 23 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster,termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Alor;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: Lapan (8) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes import dari luar negara.
Terengganu: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.