COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 03 JAN 2022

/ harian

Updated Tue, 04 Jan 2022 11:47:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,535 kes (2,695,751 kes kumulatif, 97.4%);
  • Kes baharu : 2,690 kes (2,767,044 kes kumulatif);
  • Kes import : 300 kes (278 warganegara; 22 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,390 kes [2,317 warganegara (96.9%); 73 bukan warganegara (3.1%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 265 kes (188 kes disahkan COVID-19; 77 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 147 kes (81 kes disahkan COVID-19; 66 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,137 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,931 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 206 kluster.
    Daripada 2,690 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • 52 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,638 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post