SEPULUH (10) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (24/04/2021)
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN ABDUL KARIM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Haji Abdul Karim 53, Klang. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN MELOR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379970) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Melor 2/5C, Taman Sri Serendah, Hulu Selangor. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER LEBUH IPOH-LUMUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-374629) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat latihan yang terletak di Lebuhraya Ipoh, Lumut. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN DATOH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378941) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Datoh, Kampung Kuchai, Ipoh. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER TINGKAT MAK MANDIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370060) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Tingkat Mak Mandin 5, Butterworth. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER D’LAHAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-390191) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Taman D’Lahar, Kampung Raja, Besut. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 201 individu telah disaring, di mana 40 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER DESA MAWAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Rompin di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381794) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Desa Mawar 1, Muadzam Shah, Rompin. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER JALAN KOLAM DUA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 381228) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Kolam 2, Kampung Expo, Kamunting. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER DAMBAI INANAM
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Kuala Penyu, dan Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 373392) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 377 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER JALAN ST THOMAS
Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Titiwangsa, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Gombak, Hulu Langat, dan Petaling di Selangor, serta daerah Raub di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379782) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan St Thomas, Kepong. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.