COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Terkini Kluster BANGAU-BANGAU dan Kluster BENTENG LD

Kluster Benteng LD

Terdapat 33 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 776 kes. Sehingga 26 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 10,775 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tawau (8,195 individu disaring);

  • 609 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu);
  • 6,136 individu negatif; dan
  • 1,450 individu menunggu keputusan.

Lahad Datu (2,574 individu disaring):

  • 164 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,901 individu negatif; dan
  • 509 individu menunggu keputusan.

Kinabatangan (5 individu disaring):

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Tiga (3) individu negatif.

Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,772 orang banduan dan tahanan di mana 652 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,160 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 27 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,535 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 4,914 kontak sosial di mana 73 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 776 kes positif COVID-19, 439 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 337 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (214 kes);
  • Indonesia (122 kes); dan
  • Timor-Leste (1 kes)

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.


Kluster Bangau-Bangau

Terdapat 25 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 159 kes. Sehingga 26 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 351 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 159 kes dikesan positif COVID-19 (25 kes baharu);
  • 37 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 155 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 159 kes positif COVID-19, 114 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 45 adalah warganegara Filipina.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Next Post Previous Post