COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER HEVEA SCRUCIANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344298) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu Jalan Hevea Scruciana, Shah Alam, Petaling. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 336 individu telah disaring, di mana 55 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

2. KLUSTER JALAN RASMI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Petaling, dan Sepang di Selangor serta daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343107) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.Kluster ini melibatkan dua (2) buah pusat pendidikan dan nama kluster merujuk kepada lokaliti salah sebuah pusat pendidikan tersebut yang terletak di Jalan Rasmi 14, Taman Bukit Indah, Ampang. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 119 individu telah disaring, di mana 58 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

3. KLUSTER JALAN KINGSWAY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328177) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan kontak rapat sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Kingsway, Miri. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 384 individu telah disaring, di mana 51 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

4. KLUSTER BULATAN AMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-332826) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak berhampiran dengan bulatan Jalan Aman, Sibu. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 43 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

5. KLUSTER JALAN JELAWAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, dan Timur Laut di Pulau Pinang, serta daerah Kerian di Perak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jelawat 1, Seberang Jaya Industrial Estate, Perai, Seberang Perai Tengah. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 1,916 individu telah disaring, di mana145 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian9

6. KLUSTER DELIMA BAIDURI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-335371) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infection(SARI) yang dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Mac 2021. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Lorong Baiduri 3/2, Taman Delima, Sungai Petani. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian10

7. KLUSTER PULAU ENOE

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345489) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perlombongan yang terletak di Pulau Enoe, Wilayah Persekutuan Labuan. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian13

8. KLUSTER JALAN BAJI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sarikei di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340066) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Baji, Sarikei. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

9. KLUSTER KAMPUNG BARU PASIR PUTIH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340927) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan rentas negeri. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Baru Pasir Putih, Sri Tanjung, Tawau. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

10. KLUSTER RIMBAYAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327679) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan rentas negeri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang berlangsung di sebuah kampung yang terletak di Keningau, Sabah. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

11. KLUSTER EMAS BEMBAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Baling dan Sik di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-336651) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Sungai Bemban, Mukim Teloi Kanan, Baling. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian11

12. KLUSTER LAYAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 334041) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung pada 12 Mac 2021 di Jalan Sungai Layar, Sungai Petani. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian12

13. KLUSTER LORONG MULIA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-336186) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan masuk wad. Kluster ini melibatkan pesakit serta ahli keluarga pesakit di sebuah pusat dialisis yang terletak di Kota Tinggi. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Mulia 6, Sungai Tiram, Ulu Tiram. Sehingga 31 Mac 2021, sejumlah 71 individu telah disaring, di manasembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

Previous Post