COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC (18/02/2022)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 18 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiga (3) negeri iaitu Johor (70%), Perlis (64%) & W.P Kuala Lumpur (59%) menunjukkan peratusan pengisian > 50%;
  • Katil bukan ICU: Lapan (8) negeri iaitu Kelantan (108%), Johor (105%), Perak (104%), Perlis (93%), Selangor (95%), Sabah (85%), WP Kuala Lumpur (76%) dan WP Putrajaya (66%) menunjukkan peratusan pengisian > 50%;
  • Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC): Sembilan (9) negeri iaitu Perak (86%) Selangor (80%), Negeri Sembilan (69%), Terengganu (62%), Kelantan (60%), Sabah (59%), Pulau Pinang (54%), Perlis (54%) & Melaka (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%; dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 132 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36%.

image-25

image-27

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya didapati terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

Seperti dilihat di Jadual 3, terdapat kes COVID-19 kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan secara pre-emptive ke PKRC dan hospital.

image-28

Secara keseluruhannya kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya didapati kapasiti fasiliti semakin penuh.

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post