PESANAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN SERTA KOMPLIKASI COVID-19 UNTUK IBU HAMIL DAN AHLI KELUARGA
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati ibu hamil dan ahli keluarga agar terus patuh kepada SOP dan norma baharu bagi mencegah jangkitan COVID-19. 👨👩👧👦
🤰Ini kerana ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.
🤰Sekiranya ibu hamil positif COVID-19, sila hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi penilaian risiko kesihatan.
