Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 28 NOV 2021
Updated Mon, 29 Nov 2021 10:45:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,007 kes (2,527,052 kes kumulatif, 96.3%);
- Kes baharu : 4,239 kes (2,623,816 kes kumulatif);
- Kes import : 12 kes (7 warganegara; 5 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,227 kes [4,065 warganegara (96.2%); 162 bukan warganegara (3.8%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 511 kes (418 kes disahkan COVID-19 ; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 261 kes (173 kes disahkan COVID-19 ; 88 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 5,931 kluster;
- Jumlah kluster baharu :3 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,703 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 228 kluster.
Daripada 4,239 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 73 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,166 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W