COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER PARIT LANJUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja kilang yang tinggal di Kampung Parit Lanjut, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 1,451 individu telah disaring, di mana 547 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER INDUSTRI GRISEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak dan Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar yang melibatkan pekerja-pekerja kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Grisek, Tangkak. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 537 individu telah disaring, di mana 145 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN TRUS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171285) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan kemasukan ke wad. Kluster ini melibatkan kakitangan pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Trus, Johor Bahru. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN MEDINI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-150180) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Medini Sentral 5, Nusajaya, Johor Bahru. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 291 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER TENGAH TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171307) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Batu 3, Jalan Kampung Tengah, Kluang. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER PENGERANG UTARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-160550) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan di Jalan Persiaran Utara, Pengerang. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 235 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN TECOMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar tapak binaan yang terletak di Persiaran Tecoma, Country Height, Kepong. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 376 individu telah disaring, di mana 157 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN DANAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jalan Danau Saujana 1, Setapak, Titiwangsa. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN YAHYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-188849) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar di sebuah institut latihan yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER JALAN PUDU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-191723) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institut latihan di Jalan Pudu, Lembah Pantai. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER JALAN MUTIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan pra pekerjaan pengawal-pengawal keselamatan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER TAPAK BINA TANJUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Mukim Tanjung 12, Dengkil, Kuala Langat. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 1,252 individu telah disaring, di mana 46 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER PERSIARAN PERKILANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Shah Alam, Petaling. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 2,121 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

14. KLUSTER JALAN SULAMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-191257) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala yang merupakan pekerja pasaraya di Sulaman Sentral, Kota Kinabalu. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

15. KLUSTER JALAN SERI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179537) merupakan kes Influenza Like Illnesses (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Ipoh. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

16. KLUSTER JALAN PENGKALAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kinta, Kerian, dan Kampar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179550) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Bandar Seri Pengkalan, Kinta. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

17. KLUSTER BEDAYAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-168935) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan beberapa majlis sosial yang diadakan di Kampung Bedega dan Kampung Antayan, Serian. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post