Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 15 FEB 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 7,584 kes (2,868,538 kes kumulatif, 93.0%)
- Kes baharu : 22,133 (3,083,683 kes kumulatif);
- Kes import : 80 kes [30 warganegara (37.5%); 50 bukan warganegara (62.5%)];
- Kes tempatan : 22,053 kes [21,604 warganegara (98.0%); 449 bukan warganegara (2.0%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 194 kes (103 kes disahkan COVID-19; 91 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
-
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 120 kes (55 kes disahkan COVID-19; 65 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
-
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster : 6,629 kluster;
- Jumlah kluster baharu :16 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,185 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 444 kluster.
KATEGORI KES COVID-19
Daripada 22,133 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 146 kes (0.66 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 21,987 kes (99.34 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan hari ini:
- 30 kes (20.6%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 79 kes (54.1%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
- 1 (0.7%) kes adalah kes ibu mengandung
- 58 kes (39.7%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 46 (31.5%) kes mempunyai penyakit komorbid; dan
- 15 (10.3%) kes telah meninggal dunia, di mana 2 (1.4%) adalah kes BID
Dimaklumkan bahawa meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah, namun dalam hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi (atau sebaliknya) lalu dimasukkan ke hospital. Sehingga 15 Februari 2022, kes baharu COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,432 kes. Daripada 1,432 kes ini:
- 505 kes ( 35.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 927 kes ( 64.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
- 25 kes baharu telah dimasukkan ke ICU dan 1407 kes baharu telah ditempatkan di katil biasa.
Pada yang sama, 984 kes COVID-19 telah didiscaj daripada ICU dan katil biasa di hospital.
Antara sebab-sebab kemasukan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 ke hospital adalah:
- Medical emergency (contohnya penyakit kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal);
- Baru dikenalpasti menghidap penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal (contohnya darah tinggi atau kencing manis) semasa mendapat pemeriksaan di CAC;
- Penjaga kepada pesakit Pediatrik dan Geriatrik;
- Kes-kes Obstetrik yang memerlukan pemantauan rapi;
- Pesakit Immunocompromised (HIV, pesakit yang sedang menerima rawatan kemoterapi);
- Kemasukan melalui wad kecemasan;
- Keadaan rumah yang kurang bersesuaian;
- Kes kanak-kanak;
- Dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan
- Demam berpanjangan dan kelesuan
- Mempunyai penyakit kronik
- Tiada penjaga
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W