BAGAIMANA CARA MELAPORKAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19
Penerima vaksin yang mengalami AEFI dinasihatkan untuk melaporkannya melalui saluran yang betul yang telah disediakan oleh KKM.
🔎Laporan AEFI yang dihantar dapat membantu pemantauan kesan advers dan keselamatan vaksin COVID-19 yang ada di pasaran.
🚨 Penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan, dinasihatkan agar:
✅ Merujuk ke fasiliti kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari doktor.
✅ Rawatan segera ini penting agar kesan mudarat dapat dikurangkan dan laporan yang lengkap dapat diperolehi untuk siasatan lanjut.
Pautan kepada pelaporan secara dalam talian di laman sesawang NPRA [Pengguna > Pelaporan Kesan Sampingan Ubat-ubatan (ConSERF) atau Kesan Advers Vaksin (AEFI)] : https://bit.ly/3LXcggP
National Pharmaceutical Regulatory Agency - NPRA
