Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 20 DIS 2021
Updated Tue, 21 Dec 2021 11:47:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 3,810 kes (2,638,191 kes kumulatif, 96.9%);
- Kes baharu : 2,589 kes (2,721,544 kes kumulatif);
- Kes import : 46 kes (35 warganegara; 11 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,543 kes [2,427 warganegara (95.4%); 116 bukan warganegara (4.6%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 379 kes (307 kes disahkan COVID-19; 72 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 210 kes (142 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,082 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,831 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 251 kluster.
Daripada 2,589 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 66 kes (2.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 2,523 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W
[plugin:youtube]()