Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 127 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 373,339 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 63 (termasuk yang discaj dari
hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 366,177 orang. Manakala 177 pesakit
sedang menerima rawatan di hospital. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan
kritikal ialah tiga (3) orang di ICU/repurposed critical care dan satu (1) orang lagi
memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Angka jangkitan harian terus meningkat dengan jumlah kes baharu sebanyak 127
kes, 12 kes lebih tinggi daripada kelmarin.
b. Daerah Penampang mencatatkan jangkitan empat kali ganda angka kelmarin,
daripada 12 kes kepada 48 kes. Ini merupakan pertambahan 36 kes dalam
tempoh 24 jam dan menjadi penyumbang utama kepada pertambahan jumlah
jangkitan baharu di Sabah. Sebanyak 13 daerah mencatatkan sekurang-
kurangnya satu (1) jangkitan baharu sementara jumlah daerah yang tidak
mencatat sebarang jangkitan kekal 12 daerah..
c. Secara keseluruhan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan kes berbanding
daerah yang mencatatkan jumlah kes lebih tinggi adalah seimbang. Kota
Kinabalu masih mencatatkan jangkitan baharu dua (2) angka dengan 32 kes ,
penurunan sembilan (9) kes berbanding sebelumnya. Putatan juga mencatatkan
penurunan sebanyak sembilan (9) kes dan Beaufort berkurangan sebanyak lapan
(8) kes berbanding angka kelmarin..
d. Dengan pertambahan kes harian di beberapa daerah khususnya di daerah-
daerah yang padat dengan penduduk, peratusan pesakit kontak rapat juga mulai
bertambah. 10 daripada 32 kes baharu di Kota Kinabalu merupakan kontak rapat
dan 50% daripada kes hari ini di Penampang adalah kontak rapat. Jumlah ini
dijangka bertambah secara berganda setiap hari (kesan multiplier) sekiranya
lebih ramai orang terdedah kepada pembawa (pesakit) virus COVID-19.
e. Dengan mengambilkira perkembangan semasa angka COVID-19 di negeri ini,
amatlah disarankan agar masyarakat mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa
bagi mengelak jangkitan virus COVID-19. Trend semasa menunjukkan
peningkatan jangkitan harian dan rakyat adalah diseru agar tidak lalai daripada
mematuhi semua SOP khususnya semasa berada di tempat-tempat yang sesak.
f. Sebanyak 125 daripada 127 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, serta
dua (2) kes dalam Kategori 5.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 916 unit.
Hospital 878 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 19.32%.