Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 14 APR 2022
Updated Thu, 14 Apr 2022 22:36:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 13 April 2022:
- Kes sembuh: 15,893 kes [4,196,656 kes kumulatif (96.4%)];
- Kes baharu: 10,052 kes (4,352,611 kes kumulatif);
- Kes import: 21 kes [18 warganegara (85.7%); 3 bukan warganegara (14.3%)];
- Kes tempatan: 10,031 kes [9,606 warganegara (95.8%); 425 bukan warganegara (4.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 161 kes (63 kes disahkan COVID-19; 98 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 99 kes (41 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 10,052 kes harian yang dilaporkan pada 13 April 2022:
- Kategori 1: 5,715 kes (56.85%);
- Kategori 2: 4,272 kes (42.50%);
- Kategori 3: 31 kes (0.31%);
- Kategori 4: 17 kes (0.17%); dan
- Kategori 5: 17 kes (0.17%).
Daripada 65 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 13 April 2022:
- 21 kes (32.31%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 18 kes (27.69%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 26 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 33 kes (50.77%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 36 kes (55.38%) mempunyai komorbid; dan
- 1 kes (1.54%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,958 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 3;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,845 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 113 kluster.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W