COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 20 FEB 2022

/ harian

Updated Sun, 20 Feb 2022 12:52:00

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 19 Februari 2022:

  • Kes sembuh: 18,514 kes [2,919,196 kes kumulatif (91.4%)];
  • Kes baharu : 28,825 (3,194,848 kes kumulatif);
  • Kes import : 91 kes [47 warganegara (51.6%); 44 bukan warganegara (48.4%)];
  • Kes tempatan : 28,734 kes [28,071 warganegara (97.7%); 663 bukan warganegara (2.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 238 kes (97 kes disahkan COVID-19; 141 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 130 kes (57 kes disahkan COVID-19; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

KATEGORI KES COVID-19

Daripada 28,825 kes harian yang dilaporkan pada 19 Februari 2022:

  • 95 kes (0.33 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 28,730 kes (99.67 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

  • Kategori 1 : 8,412 kes (29.18%);
  • Kategori 2 : 20,318 kes (70.49%);
  • Kategori 3 : 59 kes (0.20%);
  • Kategori 4 : 22 kes (0.08%); dan
  • Kategori 5 : 14 kes (0.05%).

Daripada 95 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 19 Februari 2022:

  • 28 kes (29.47%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 49 kes (51.58%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19;
  • 18 kes (18.95%) telah menerima dos penggalak;
  • 41 kes (43.16%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 48 kes (50.53%) mempunyai komorbid;
  • Tiada kes ibu mengandung; dan
  • Dilaporkan 9 kes (0.03% daripada keseluruhan 28,825 kes) telah meninggal dunia, termasuk 4 kes (0.013% daripada keseluruhan 28,825 kes) kes brought-in-dead (BID). KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster : 6,704 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,212 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 492 kluster.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post