COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SETIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Setia Alam, Shah Alam. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SUNSURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Sunsuria, Sepang. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 410 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN WAWASAN SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Kluang di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 9, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 568 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER MELAMAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sipitang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323017) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan sebelum masuk wad. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Melamam, Sipitang. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 164 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN ASUHAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-325907) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Asuhan, Parit Buntar, Kerian. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER SUNGAI ATAP

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-311661) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Sungai Atap, Bintangor, Meradong. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 148 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER KAMPUNG PADANG TEMBAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-314256) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2021 hasil saringan sebelum merentas negeri. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Padang Tembak, Keningau. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER BUNGA TANJUNG BENDAHARA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-324886) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER DEPOT IMIGRESEN SEMUJA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan yang dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan bersasar di Depot Imigresen Semuja, Serian. Sehingga 18 Mac 2021, sejumlah 584 individu telah disaring, di mana 99 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post