Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sabah: 397 kes
92 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Liawan, Kluster Tatahan dan Kluster GK Tawau;
215 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 235 kes
162 kes daripada kluster-kluster sedia;
33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID19; dan
40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan : 141 kes
129 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang : 27 kes
22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 19 kes
11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak : 12 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah : Tiga (3) kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Johor : Lapan (8) kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: Sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kube.
Wilayah Persekutuan Labuan : Lapan (8) kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Sarawak : Enam (6) kes
Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya : Tiga (3) kes daripada kluster-kuster sedia ada.
SABAH
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 397 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 21,189 kes. Hari ini enam (6) kes kematian dicatatkan iaitu dua (2) di Daerah Sandakan, dua (2) di Semporna dan masing-masing satu (1) di Kota Kinabalu dan Telupid. Takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat.
Pada hari ini, seramai 356 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,903 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 744 orang di hospital dan 2,159 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Daerah Kota Marudu berubah dari zon merah ke zon jingga, Daerah Ranau bertukar dari zon kuning ke zon jingga. Manakala, Daerah Kinabatangan dari zon jingga ke zon kuning.
Pada hari ini, terdapat tiga (3) kluster baharu direkodkan iaitu:
Kluster GK Tawau di Daerah Tawau sebanyak 49 kes;
Kluster Liawan di Daerah Keningau sebanyak 24 kes; dan
Kluster Tatahan di Daerah Kota Kinabalu sebanyak 18 kes.
Daripada 397 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 150 kes (37.78%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 247 kes adalah dari lain-lain kategori.
Daerah Semporna dan Kunak tiada mencatatkan kes pada hari ini disebabkan keputusan sampel bagi kedua-dua daerah tersebut belum diperolehi dan akan diketahui dalam tempoh 72 jam (3 hari).