COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 04 APR 2022

/ harian

Updated Mon, 04 Apr 2022 10:40:00

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 3 April 2022:

  • Kes sembuh: 20,635 kes [4,018,421 kes kumulatif (94.6%)];
  • Kes baharu: 12,380 kes (4,246,467 kes kumulatif);
  • Kes import: 462 kes [326 warganegara (70.6%); 136 bukan warganegara (29.4%)];
  • Kes tempatan: 11,918 kes [11,408 warganegara (95.7%); 510 bukan warganegara (4.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 253 kes (122 kes disahkan COVID-19; 131 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 157 kes (61 kes disahkan COVID-19; 96 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 12,380 kes harian yang dilaporkan pada 3 April 2022:

  • Kategori 1: 7,559 kes (61.05%);
  • Kategori 2: 4,736 kes (38.26%);
  • Kategori 3: 32 kes (0.26%);
  • Kategori 4: 20 kes (0.16%); dan
  • Kategori 5: 33 kes (0.27%).

Daripada 85 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 3 April 2022:

  • 24 kes (28.24%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 33 kes (38.82%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 28 kes (32.94%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 57 kes (67.06%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
  • 49 kes (57.65%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,940 kluster;
  • Jumlah kluster baharu:tiada;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,759 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 181 kluster.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post