COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

TUJUH (7) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (01/03/2021)

/ Kluster Baharu, sorotan, highlights

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER DESA EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Kuala Selangor. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN MELATI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kedai serbaneka yang terletak di Jalan Melati, Kuang, Gombak. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN KEMPAS TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja dua (2) buah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bakri, Muar. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Kempas 3, Kawasan Perindustrian Bakri, Muar. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 592 individu telah disaring, di mana 344 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER KAMPUNG SUNGAI BURUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Sungai Burung, Pekan Nanas, Pontian. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN WAWASAN 12

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 12, Batu Pahat. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 118 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN CEMPEDAK

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-281235) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Cempedak, Sentul, Kepong. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER BUKIT MARAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-274772) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster diambil berdasarkan lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Bukit Marak, Kota Bharu. Sehingga 1 Mac 2021, sejumlah 310 individu telah disaring, di mana 66 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post