SEPULUH (10) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (04/02/2021)
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN INDUSTRI RAWANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Rawang Integrated Industrial Park. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 156 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN GOMBAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak, Sepang, Petaling, dan Hulu Langat di Selangor serta daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-159587) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar serta petugas kesihatan sebuah pusat pengajian tinggi di Jalan Gombak. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 1,110 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN JASMINE
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021 hasil saringan bersasar dua (2) buah kilang di Jalan Jasmine, Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 1,664 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER PARIT PENYENGAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Keskes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di mana asrama pekerja-pekerja terletak di Lot Parit Penyengat Darat, Muar. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 572 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER KAMPUNG LUKUT
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-197256) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Lukut, Kota Tinggi. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER JALAN JELUTONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193234) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks iaitu di Jalan Jelutong, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER JALAN PENGIRAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Matu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-183185) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Pengiran, Matu. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER PERMATA SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Permata 1, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai, Seremban. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 532 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER RANTAU TANJUNG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Maran di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-194017) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster melibatkan sebuah majlis sosial yang dihadiri kes indeks pada 16 Januari 2021. Nama kluster merujuk lokaliti di mana kes-kes telah dilaporkan berlaku. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini
10. KLUSTER KAMPUNG PULAU JAWA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pekan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-203751) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu Kampung Pulau Jawa, Pekan. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini