Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 09 MAC 2022
Updated Wed, 09 Mar 2022 11:59:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 8 Mac 2022:
- Kes sembuh: 29,035 kes [3,340,889 kes kumulatif (90.8%)];
- Kes baharu: 31,490 kes (3,680,953 kes kumulatif);
- Kes import: 473 kes [384 warganegara (81.2%); 89 bukan warganegara (18.8%)];
- Kes tempatan: 31,017 kes [30,163 warganegara (97.2%); 854 bukan warganegara (2.8%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 373 kes (153 kes disahkan COVID-19; 220 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 223 kes (94 kes disahkan COVID-19; 129 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 31,490 kes harian yang dilaporkan pada 8 Mac 2022:
- Kategori 1: 12,692 kes (40.30%);
- Kategori 2: 18,623 kes (59.14%);
- Kategori 3: 62 kes (0.20%);
- Kategori 4: 52 kes (0.17%); dan
- Kategori 5: 61 kes (0.19%).
Daripada 175 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 8 Mac 2022:
- 39 kes (22.29%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 90 kes (51.43%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 46 kes (26.29%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 107 kes (61.14%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 43 kes (24.57%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,860 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 11 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,415 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 445 kluster
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W