TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (01/01/2021)
KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1. KLUSTER RAWA AKASIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100149) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 1 Januari 2021, sejumlah 322 individu telah disaring, di mana 117 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106412) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 1 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER RANTAU SEMARAK
Kluster ini melibatkan daerah Maran di negeri Pahang dan daerah Gombak di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106636) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 1 Januari 2021, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.