COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 21 JULAI 2021

TERUS PATUH KEPADA S.O.P | ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W | Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Daripada jumlah 11,985 kes baharu hari ini (21 Julai 2021):

Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 65 kes (0.5%)
Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 45 kes (0.4%)
Kategori 3 (radang paru-paru): 178 kes (1.5%)
Kategori 2 (gejala ringan): 5,847 kes (48.7%)
Kategori 1 (tiada gejala): 5,850 kes (48.9%)
Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 2.4 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 dan 97.6 peratus kes pada kategori 1 dan 2, iaitu . Kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai dibenar isolasi di rumah. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital. Oleh itu, kes-kes kategori 3-5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.




Next Post Previous Post