Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 01 NOV 2021
Updated Tue, 02 Nov 2021 10:48:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,299 kes (2,380,060 kes kumulatif, 96.1%);
- Kes baharu : 4,626 kes (2,476,268 kes kumulatif);
- Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,620 kes [4,440 warganegara (96.1%); 180 bukan warganegara (3.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 569 kes (503 kes disahkan COVID-19 ; 66 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 301 kes (220 kes disahkan COVID-19 ; 88 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,776 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,365 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 411 kluster.
Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 94 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,532 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W