COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 22 APR 2022

/ harian

Updated Fri, 22 Apr 2022 11:20:00

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 21 April 2022:

  • Kes sembuh: 8,434 kes [4,291,447 kes kumulatif (97.2%)];
  • Kes baharu: 5,899 kes (4,415,101 kes kumulatif);
  • Kes import: 16 kes [8 warganegara (50.0%); 8 bukan warganegara (50.0%)];
  • Kes tempatan: 5,883 kes [5,664 warganegara (96.3%); 219 bukan warganegara (3.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 92 kes (56 kes disahkan COVID-19; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 61 kes (34 kes disahkan COVID-19; 27 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 5,899 kes harian yang dilaporkan pada 21 April 2022:

  • Kategori 1: 2,582 kes (43.77%);
  • Kategori 2: 3,294 kes (55.84%);
  • Kategori 3: 8 kes (0.14%);
  • Kategori 4: 10 kes (0.17%); dan
  • Kategori 5: 5 kes (0.08%).

Daripada 23 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 21 April 2022:

  • 7 kes (30.43%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 13 kes (56.52%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 3 kes (13.04%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 13 kes (56.52%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 13 kes (56.52%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (4.35%) kes ibu mengandung

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 7,000 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 1 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,899 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 101 kluster.

LIHAT LAPORAN PENUH HARIAN : Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM

[plugin:youtube]()

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post