TERUS PATUH KEPADA S.O.P | ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W | Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 8 September 2021:
1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 7 September 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU 77%
• Penggunaan katil ICU 84%
2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 7 September 2021, 11:59pm)
• % Populasi Keseluruhan - 1 dos 63.7%
• % Populasi Keseluruhan - lengkap 49.9%
• % Populasi Dewasa - 1 dos 88.9%
• % Populasi Dewasa - lengkap 69.6%
3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 8 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu 19,733 kes
• Bilangan kes kumulatif 1,900,467 kes
Secara keseluruhannya sehingga 8 September 2021, daripada 1,900,467 kes positif COVID-19;
• 1,734,088 kes (91.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksinasi [1,449,632 kes (76.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi dan 284,456 kes (15.0 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tidak lengkap divaksinasi] ; dan
• Hanya 166,379 kes (8.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.
Daripada 19,733 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
• 429 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 19,304 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan juga kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin COVID-19, adalah dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti COVID-19. Pada masa yang sama masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.