COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

Status terkini COVID-19 setakat 31 Ogos 2020

  • Jumlah discaj baru: 6
  • Jumlah kumulatif discaj: 9054 (96.9%)
  • Jumlah kes baru; 6
  • Jumlah kumulatif: 9340
  • Jumlah kes aktif: 159
  • Jumlah kematian: 1
  • Jumlah kumulatif kematian: 127 (1.36%)
  • Jumlah kes di ICU: 6
  • Pesakit intubated: 4

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 127 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-127 (kes ke-9124) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau merupakan salah satu kes positif yang telah dilaporkan pada 13 Ogos 2020 dalam Kluster Tawar. Beliau mula mengalami gejala batuk sejak 11 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 13 Ogos 2020 setelah didapati positif COVID-19. Keadaan kesihatan beliau merosot dan memerlukan bantuan pernafasan sejak 19 Ogos 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 30 Ogos 2020 jam 10.35 malam. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Previous Post