STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR DAN KLUSTER TELAGA

KKM ingin memaklumkan pertambahan kes dalam Kluster Tawar dan Kluster Telaga. Pertambahan kes kedua-dua kluster ini melibatkan negeri Kedah.

Kluster Tawar
Terdapat satu (1) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak 74 kes. Sehingga 31 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 16,462 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (15,917 disaring):

  • 63 kes dikesan positif COVID-19;
  • 12, 597 individu negatif; dan
  • 3,257 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang (534 disaring):

  • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 523 individu negatif.

Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu.

Daripada jumlah saringan di negeri Kedah (iaitu 15,917 orang), 12,553 orang adalah dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran yang membabitkan tiga (3) zon iaitu Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur di Amanjaya. Setakat ini tiada kes baharu dilaporkan dalam zon-zon tersebut. Sebanyak 8,084 dilaporkan negatif COVID-19 dan 4,469 masih menunggu keputusan ujian makmal.

Kluster Telaga
Terdapat satu (1) kes baharu (kes ke-9340) dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah. Kluster ini mula dilaporkan pada 30 Ogos 2020 dengan dua (2) kes positif melibatkan kakitangan hospital (kes ke-9284 iaitu kes indeks dan kes ke-9334). Namun hasil siasatan lanjut mendapati terdapat dua (2) lagi kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan sebelum ini (kes ke-9306 dan kes ke-9291) didapati juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak lima (5) kes. Sehingga 31 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 735 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 730 individu negatif.
  • Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster ini.

Next Post Previous Post