Situasi Terkini 25 Mei 2020

/ harian, kluster, #covid19malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

KesNegeri

Ringkasan Kes COVID-19 pada 25 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 172 (Terdapat 5 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,417

Jumlah kes aktif: 1,323

Kes sembuh: 34

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,979

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 8 (Seramai 4 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 115

Daripada 172 kes baharu, 5 kes import manakala 167 kes penularan tempatan melibatkan 159 bukan warganegara Malaysia dan 8 kes warganegara.
112 kes telah dikesan di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI) di mana.
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana depot-depot Imigresen ini merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.

Dashboard

Purple


Jumlah keseluruhan taburan kes, 25 Mei

Terdapat 172 kes baharu positif dilaporkan pada hari ini. Lima (5) hadir dari kes import, baki 167 adalah penularan tempatan dimana, 159 adalah daripada BWN


LAPORAN PENGEMBARA MALAYSIA

LAPORAN PENGEMBARA MALAYSIA POSITIF COVID-19, 25 Mei

Daripada 172 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, 5 adalah berkaitan dengan kes import.


LAPORAN KLUSTER

Satu lagi kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2.

44 orang telah disahkan positif #COVIDー19 yang melibatkan 43 bukan warganegara.

Siasatan masih dijalankan. KKM akan memberikan laporan terperinci.

Kluster Aktif

Terdapat 5 kluster yang melaporkan kes baharu positif Covid-19 iaitu:

  • 1 Kluster baru dikesan di Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2. Kluster ini melaporkan 44 kes baharu positif.
  • Kluster DTI Sepang, (29).
  • Kluster DTI Semenyih, (17).
  • Kluster DTI Bukit Jalil, (66).
  • Kluster Persidangan Gereja, (1).

Untuk makluman, terdapat tiga kluster Tapak Pembinaan iaitu:

  1. Tapak Pembinaan Kuala Lumpur
  2. Tapak Pembinaan Setia Alam
  3. Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2

Seorang warga tempatan yg juga staf pentadbiran di depoh tahanan Imigresen telah disahkan positif #COVIDー19.

Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan. Punca jangkitan sama ada dari Orang Kena Tahan (OKT) atau jangkitan dalam komuniti masih dalam siasatan.


KLUSTER DEPOT TAHANAN IMIGRESEN (DTI) DI SEPANG, BUKIT JALIL DAN SEMENYIH

Ingin dimaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Sepang. Sehingga 25 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 1,449 sampel telah diambil di mana:

  • 36 kes positif COVID-19 dikesan (29 kes dilaporkan hari ini);
  • 540 kes negatif COVID-19; dan
  • 873 sampel masih menunggu keputusan
  • Bagi kluster DTI Bukit Jalil, sebanyak 1,536 sampel telah diambil yang terdiri daripada 1,422 Orang Kena Tahan (OKT) dan 114 kakitangan. Daripada jumlah tersebut, 126 kes adalah positif, 514 kes adalah negatif dan 896 sampel masih menunggu keputusan.

Bagi kluster DTI Semenyih, sebanyak 1,757 sampel telah diambil yang terdiri daripada 1,630 OKT dan 127 kakitangan. Daripada jumlah tersebut, 66 kes adalah positif, 753 kes adalah negatif dan 938 sampel masih menunggu keputusan.

Secara keseluruhan setakat ini, didapati 227 kes positif daripada ketiga-tiga kluster DTI ini adalah melibatkan bukan warganegara Malaysia, iaitu:

  • 53 kes warganegara Bangladesh;
  • 41 kes warganegara India;
  • 38 kes warganegara Indonesia;
  • 37 kes warganegara Myanmar;
  • 28 kes warganegara Pakistan;
  • 17 kes warganegara China;
  • Empat (4) kes warganegara Kemboja;
  • Tiga (3) kes warganegara Nepal;
  • Dua (2) kes warganegara Sri Lanka;
  • Satu (1) kes warganegara Filipina;
  • Satu (1) kes warganegara Libya;
  • Satu (1) kes warganegara Mesir;
  • Satu (1) kes warganegara Syria;


Rumusan Kluster

Rumusan Kes Kluster Covid-19: Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling

Setakat ini lebih 41,000 sampel telah diambil dan daripada jumlah itu, hanya 302 kes yang masih aktif.


LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pasar.

(3) Pusat Jagaan Warga Emas


LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

Kapasiti Harian 45 Makmal Awam dan Swasta Covid-19

Kapasiti maksima adalah 27,667 dan semalam ujian yang dijalankan 15,772 sampel (bersamaan 57%).


DUNIA

Next Post Previous Post