KKM juga ingin memaklumkan terdapat TUJUH (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER JALAN SELAYANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasaraya. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pasaraya yang terletak di Jalan Selayang Baru. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 511 individu telah disaring, di mana 84 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TROPIKA

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Januari 2021 hasil saringan tahanan dan kontak rapat di sebuah pusat tahanan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kes-kes yang dilaporkan dalam kluster ini iaitu di Jalan Setia Tropika, Johor Bahru. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER PASIR BARAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar yang dijalankan secara berperingkat di sebuah tapak projek di Pasir Gudang. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 781 individu telah disaring, di mana 92 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA DUTAMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-139748 dan kes ke-139749) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Dutamas Raya, Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN PAHANG

Kluster ini melibatkan daerah Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130168) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Hospital Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN RANTAU-SILIAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang dikesan positif iaitu di Jalan Rantau–Siliau, Bandar Sri Sendayan, Siliau, Negeri Sembilan. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 508 individu telah disaring, di mana 96 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER INTAN MAS

Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130767) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang beralamat di Taman Intan Emas, Teluk Intan, Perak. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post