KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA MUDA

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa, Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 346 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA GALERI

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 232 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BUKIT DALAM

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-65320) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER CEMPAKA

Kluster ini melibatkan daerah Kulai dan Kluang di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-68003) yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER SUNGAI CINCIN

Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang di negeri Perak, daerah Segamat di negeri Johor dan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-67087) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER HUMA

Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh dan Kota Bharu di negeri Kelantan. Kes indeks (iaitu kes ke-68020) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan kontak rapat. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN GENTING

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Bentong di negeri Pahang. Kes indeks (iaitu kes ke-66878) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan tempat kerja. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER ATABARA

Kluster ini melibatkan daerah Kuantan dan Pekan di negeri Pahang. Kes indeks (iaitu kes ke-68017) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post