DUA Kluster Baharu dan Situasi Terkini Kluster Sivagangga

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN PADA HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu:

1. Kluster Kurau:
Dua (2) kes positif telah dikesan dalam kluster ini. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9050) merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan pada 7 Ogos 2020. Kes kedua kluster ini (iaitu kes ke-9082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9050, di mana beliau telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat. Susulan itu, beliau sekeluarga yang berada di Pulau Pinang telah turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, beliau dikesan positif COVID-19 manakala, ahli keluarga beliau yang disaring setakat ini [iaitu lima (5) orang] pula dikesan negatif. Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 106 negatif; dan
  • Sembilan (9) masih menunggu keputusan.
    Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan.

2. Kluster Meranti:
Kluster ini mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif COVID-19 pada 8 Ogos 2020. Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes COVID-19 yang telah dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan (kes ini telah dilaporkan pada 31 Julai 2020). Setelah disiasat, kes ke-8968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9083 telah bertugas. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) sedang dijalankan di mana setakat ini 15 individu telah disaring. Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan.


STATUS TERKINI KLUSTER PUI SIVAGANGGA

Sehingga 9 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,636 orang telah disaring dalam kluster ini dan daripada jumlah ini, 45 dikesan positif COVID-19. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

1. Kedah (4,078 disaring):

  • 31 kes dikesan positif COVID-19;
  • 4,020 individu negatif; dan
  • 27 individu masih menunggu keputusan.

2. Perlis (390 disaring):

  • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 379 individu masih menunggu keputusan.

3. Pulau Pinang (168 disaring):

  • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
  • 85 individu negatif; dan
  • 80 individu masih menunggu keputusan.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) masih diteruskan. Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga turut dijalankan di kawasan- kawasan yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan kluster ini. Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang

Next Post Previous Post