KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN PANAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER MENARA WANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di Selangor serta daerah Maran dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88751) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

3. KLUSTER SAGA TENGAH
Kluster ini melibatkan daerah Tenom dan Keningau di Sabah.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-89355) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 298 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER KOLAM AIR
Kluster ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kubang Pasu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-81862) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT). Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER HALA MUTIARA
Kluster ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82131) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT). Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post