Situasi Terkini 26 Mei 2020

/ harian, #covid19malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN : KERATAN AKHBAR 26 MEI 2020

KesNegeri

Terkini #covid19malaysia STATUS COVID-19, 26 Mei Daripada 187 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara (iaitu tujuh (7) warganegara Malaysia dan tiga (3) pemastautin tetap / pasangan kepada warganegara Malaysia).

Daripada 177 kes penularan tempatan, 173 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat (4) kes sahaja.


Ringkasan Kes COVID-19 pada 26 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 187 Perincian kes baharu:- --> 10 kes import (3 BWN, 7 WN) --> 177 kes penularan tempatan (173 BWN, 4 WN)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,604

Jumlah kes aktif: 1,448

Kes sembuh: 62

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,041

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 8 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 115

Dashboard

Purple


Jumlah keseluruhan taburan kes

Terdapat 187 kes baharu positif dilaporkan pada hari ini. 10 hadir dari kes import, (melibatkan 7 warganegara Malaysia dan 3 pemastautin tetap / pasangan warganegara Malaysia).

Baki 177 adalah penularan tempatan dimana 173 adalah daripada BWN. Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat (4) kes sahaja.


LAPORAN PENGEMBARA MALAYSIA

Daripada 187 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, 10 adalah berkaitan dengan kes import. (7) daripadanya adalah warganegara Malaysia dan baki (3) pemastautin tetap / pasangan warganegara Malaysia


LAPORAN KLUSTER

KLUSTER AKTIF

Terdapat 4 kluster yang melaporkan kes baharu positif Covid-19 iaitu:

  • Kluster Pudu melaporkan 2 kes baharu.
  • Kluster Tapak Pembinaan Setia Alam melaporkan 1 kes baharu.
  • Kluster DTI Bukit Jalil melaporkan 155 kes baharu.
  • Kluster Pengawal Keselamatan Cheras melaporkan 13 kes baharu.


Kluster Depot Tahanan

Seperti yang dijangkakan, kes baharu terus meningkat dan sebahagian besar melibatkan warganegara asing di DTI.

Daripada 187 kes baharu, 173 kes adalah bukan warganegara dan daripada 173 kes, 155 kes dikesan di DTI Bukit Jalil.

Kes tempatan melibatkan warganegara hanya 4.


Kluster Tapak Pembinaan

Tiga kluster tapak pembinaan

Setakat 26 Mei 2020, 88 kes positif COVID-19 telah dikesan dari tiga tapak pembinaan iaitu:

1. Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur

  • 488 sampel yang telah diambil
  • 31 kes positif COVID-19 dikesan iaitu 29 warga Bangladesh dan dua warga Indonesia
  • 457 kes negatif

2. Kluster Tapak Pembinaan Setia Alam

  • 91 sampel yang telah diambil
  • 13 kes positif COVID-19 dan semua warga Bangladesh
  • 78 kes negatif

3. Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2

  • 350 sampel telah diambil
  • 44 kes positif COVID-19 iaitu 34 warga Bangladesh, sembilan warga Indonesia dan seorang warga Malaysia (dikesan pada 25 Mei 2020)
  • 306 kes negatif

Kluster-kluster ini dikenalpasti susulan arahan saringan pekerja asing bagi industri pembinaan terutamanya di zon merah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seramai 27,383 pekerja di tapak binaan telah disaring COVID-19 oleh majikan masing-masing, setakat hari ini, 26 Mei.


Rumusan Kluster

Rumusan Kes Kluster Covid-19: Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling


LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan bagi Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.

DTI Bukit Jalil dan DTI Sepang masing-masing melaporkan kes positif membabitkan kesemua Bukan Warganegara Malaysia.

Hanya DTI Semenyih yang mencatatkan 1 kes positif membabitkan warganegara Malaysia, iaitu seorang pegawai tadbir yang ditugaskan di Depoh tersebut. Beliau kini dirawat di hospital. Dalam masa yang sama, KKM akan menjalankan Active Case Detection terhadap kontak rapat beliau dan juga mereka yang pernah berurusan dengan beliau bagi memastikan penularan jangkitan dapat dibendung.

NOTA :

Antara punca utama penularan kes #COVID19 dalam kalangan pekerja bukan warganegara bagi kluster tapak pembinaan:
  1. Tiada penjarakan sosial - penginapan sesak dan ruang sempit.
  2. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang kurang memuaskan.
Majikan perlu pastikan tempat penginapan pekerja:
  1. Jarak katil atau tempat tidur antara satu sama lain ialah 1 hingga 2m.
  2. Elak penyediaan makanan secara berkumpulan atau beramai-ramai.
  3. Elak makan beramai-ramai di ruang makan.
  4. Pastikan ruang tonton tv/ makan tidak sesak pada satu masa.
  5. Pastikan kebersihan tempat penginapan termasuk tandas dan persekitarannya.
  6. Amalan 3S/3C setiap masa.

SOP di tempat kerja sia-sia jika tiada langkah pencegahan di tempat penginapan pekerja.


LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

Kapasiti Harian 45 Makmal Awam dan Swasta Covid-19

Sehingga 25 Mei, jumlah kapasiti maksima adalah 27,667 dan ujian yang dijalankan semalam adalah sebanyak 15,093 sampel (bersamaan 55%)

Next Post Previous Post